Kean Wong

Kean Wong merupakan seorang pengarang, penyunting, penulis dan wartawan Malaysia. Beliau mendapat perhatian seluruh negara kerana buku suntingannya, Rebirth: Reformasi, Resistance and Hope in New Malaysia (2020) yang mencetuskan kontroversi kerana kulit bukunya didapati menghina lambang jata negara Malaysia.[1] Laporan polis telah dibuat terhadap beliau berhubung isu tersebut.[2]Beliau sebelum ini pernah menjadi penyunting penyumbang di New Mandala[3] di mana beliau membicarakan mengenai pilihan raya umum Malaysia 2018 yang diadakan pada Mei 2018.[4]Wong merupakan Pemaustin Tetap Australia sejak 2010 menurut laporan Astro Awani.[5]